topbella

Wednesday 15 January 2014

Hati Aku..

Hati ..
Nah, ambil lahh benda nie ..
Apa nie ?
Ini adalah hati .. Hati aku !!
Hati kau ? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku ?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku skrang ..
Kau lebih dari seorang kawan ..
Terima kasih .... ianya bererti untuk aku ..
 Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ker ?? tapi mintak maaf lahh ..
mintak maaf untuk apa ??
Sebab, hati tuhh aku tak beri sepenuhnya ..
Cuma sebahagian saja ...

Maksud kau ??
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga ..
Dan aku tak pernah beri kesemuanya .. aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri ..
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan d jaga
dengan sebaik-baiknya.. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya.. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri tauu ..

Mistik ? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar kedengaranye tapi itu realitinya..
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau..
Rentak perasaan orang yang aku beri.. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar..
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap.. Mungkin akan terus mati untuknya !! Ianya
bukan satu benda yang percuma.. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja tauu.. Insan yang istimewa..
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau..

Aku insan terpilih ??
Ya, kau yang terpilih.. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif sangat2.. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku.. "Musuh" mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka niee.. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini d beri
pada orang yang istimewa ..

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.. sebab ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap.. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan.. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti.. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri.. Setiapnya terlalu
mistik !!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti.. sekali hati tuh
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya kmbali.. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu..
Dan bila tiba sesuatu yang tidak d ingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika ...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala ..
Hati yang d beri ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk
hati itu kembali indah ..

0 comments:

Post a Comment

Penulis Blog

My Photo
iri athirah
Terengganu, Malaysia
juz call me iri or ira..my old is 22 n will be young 4ever hahahaa.. Terengganu mari laaa.. Who’s dis gurl ? Yeah..im juz ordinary girl..simple person.. less is more rite..im funny if u know me well..keep duing stupid thing..stupid joke juz wana people around me happy..laugh and smile..i want people around me always happy even im not .. You donT hAvE tO loVe mE,yOu doNt HaVe to Miss mE bUt onE thIng i WaNt yOu kNow that i ReaLlY lOve YoU...
View my complete profile
 
Domo-kun Cute