topbella

Wednesday 11 April 2012

Isteri : Mengapa abang sayangkan saya? Mengapa
abang cintakan saya? Mengapa abang menyukai
saya?
si suami tersenyum mendengar soklan si isteri, lalu
dengan tenangnya si suami menjawab…

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,
namun begitu abang memang menyayangi,
mencintai dan menyukai Sayang!
si isteri tidak berpuas hati dengan jawapan si suami
lantas berkata…
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang, cinta
dan sukakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

si suami meyakinkan isterinya…
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang
boleh buktikan bahawa abang memang cintakan
Sayang!
si isteri mula berasa curiga dengan jawapan si
suami lantas meninggikan sedikit suara…
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan
syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang
dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis dan setiap tapak Sayang
melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminyan. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada
isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan
koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap
mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu
aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang
bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak
perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan
terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun
begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Penulis Blog

My Photo
iri athirah
Terengganu, Malaysia
juz call me iri or ira..my old is 22 n will be young 4ever hahahaa.. Terengganu mari laaa.. Who’s dis gurl ? Yeah..im juz ordinary girl..simple person.. less is more rite..im funny if u know me well..keep duing stupid thing..stupid joke juz wana people around me happy..laugh and smile..i want people around me always happy even im not .. You donT hAvE tO loVe mE,yOu doNt HaVe to Miss mE bUt onE thIng i WaNt yOu kNow that i ReaLlY lOve YoU...
View my complete profile
 
Domo-kun Cute