Cinta tidak
boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan
bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma
satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta
menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta
itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh
walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama
bercinta!
Cinta hanya satu
perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan
rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan
kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali,
bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa
hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak
lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada
mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang,
kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia
mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan
orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Dalam hidup ini,
tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita
terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan
orang lain.
Kadang-kadang
Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya
matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
Terkadang, kita
tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana
terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi
adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Sungguh benar
bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya.
Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita
miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa
percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus
mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya
setiap waktu ?
Dan benarlah
kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya
matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat
sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi
segalanya.
Cinta adalah
sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang
untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan
sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah
waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh.
Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula
tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu
dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran
boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang
kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan.
Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa
penghuni.
Mungkin benar
tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita
terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu
yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti
seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda
memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda
tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak
bererti.
Jika kita
kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang
kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika
Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik
untuk diberikan.
Cinta antara dua
jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk
memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia
dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga
dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati,
menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan
ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan
dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta
itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah
cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu
semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di
penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
HANYA ada satu
pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika
malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh
seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang
bernyawa.
JATUH CINTA pada
seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan
orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang
terkena tempiasnya.
APABILA pintu
hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin
atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa
yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada
hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.
CINTA, MENYINTAI
ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk
bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan
adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti
hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban
ke lembah kehinaan.
CINTA itu adalah
segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan
orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku
pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.
SEKIRANYA kamu
dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu
penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara
yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah
melukakan.
CINTA merupakan
suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu
nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai
kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan
yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
ORANG yang tiada
perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta
seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih
sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung
dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju
kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi
semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun
membina kehidupan yang terbaik.
ALANGKAH
bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari
muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika
diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya.
Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan
kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk
kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta
seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.
CINTA yang
benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah
matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia
menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Jika ada sepuluh
orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang
daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat
terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada
sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu
bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.
Memberikan
seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas
cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta
berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta
tumbuh di hatimu.
Melafazkan cinta
dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah.
Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.
Masa depan yang
cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat
hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit
hati di masa lalu.
Hanya diperlukan
waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang
dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur
hidup untuk melupakan seseorang.
Yang pertama
belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi
yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih
menjadi tanda-tanya.
Mencintai juga
bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu
mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu
lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan,
melainkan bagaimana kamu bertahan.