Hari ini aku sedar,bahawa janji itu cuma sebahagian dari kata-kata.Dapat
diubah.Boleh juga dilupakan.Memberi janji mungkin mudah untuk
melupakan.Tapi,menerima janji,sampai mati diingat.Ada waktunya janji
juga menjerut hati sendiri semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita
cintai.Aku sukakan dia,aku sayangkan dia.Tapi aku tak nak cakap kat
dia,sebab aku takut dia akan menjauh kalau aku beritahu dia hal
sebenar.Aku nak cintakan dia dengan sederhana.Aku sanggup berkorban
sebab aku nak tengok orang yang aku sayang bahagia..aku nak tengok dia
hargai setiap masa & saat walaupun tidak bersama.
aku nak jadi manusia terindah dan bermanfaat.
terutamanya dengan orang yang aku sayang.
Itu Impianku...
Awak! JANGAN BUAT SAYA JATUH HATI :(
Pesanan buat Adam ♥
Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin
nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.
“Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.”
WAHAI LELAKI
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
Bawalah dia ke jalan Allah,
Nasihatilah dia,
Perbetulkan kesilapannya,
Jagalah dia dengan baik,
Kasihanilah dia,
Lindungilah dia,
Berilah kasih sayang padanya,
Hargailah dia,
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
Bersabar dengannya,
Terimalah & cintailah kekurangannya,
Jadilah IMAM terbaik & redhalah padanya..
✿Semoga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..✿
Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut hati ini tersasar dari
landasan cintaNya. Izinkan aku mengundur diri, kerana aku takut menaruh
harapan pada sesuatu yang tak pasti. Izinkan aku mengundur diri, kerana
aku tahu diri aku tidak setanding kamu. Aku tahu tahap imanku, namun aku
tidak tahu tahap iman kamu. Yang pasti.. tahap iman kamu jauh lebih
tinggi daripada tahap imanku yang cuma secebis. Hati kita Allah yang
punya, hati kita biar Allah yang jaga. Kamu, cukuplah aku menyayangi
kamu sebagai sahabat ~ :)