PENYESALAN
Sesetengah
perkara tu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan, bukan mudah. namun
bila itulah ketetapan Allah kpada kita dan itulah kehendak dari
aturan-NYA dalam prjalanan hidup kita. maka belajarlah walau ianya penuh
kesusahan dan kepayahan. relakanlah walau diiringi air mata, dan
lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.
Selagi
kita tak redha, hati tak akan tenang. jiwa tak akan bahagia. sebab
itulah, cara terbaik untuk melupakan, adalah dengan redha kan sesuatu
yang berlaku. relakan apa yang SUDAH berlaku. bila kita rela, hati juga
akan tenang, perlahan² kita akan belajar menerima hakikat, bahawa itulah
yang dikehendaki-NYA. dan pada akhirnya nanti, masa yang terus berlalu
ini yang akan membuat kita lupa akan hal-2 yang sudah berlalu. muhasabah
diri.
0 comments:
Post a Comment