topbella

Monday, 10 June 2013

Mimpi Yang Tak Mungkin Menjadi Kenyataan


kadang-kadang kita tak sedar ,
orang yang kita tak pedulikan ,
sayang gila kat kita ...
kadang-kadang kita tak sedar ,
kita terlampau sayang kat orang tu ,
sedangkan dia selalu sakitkan hati kita ...
dan kita tak pernah sedar ,
kita bukannya sempurna ,
untuk mendapatkan orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita ...
dan kita bukan sape-sape untuk buat orang menyayangi kita ,
macam kita sayang kat dia ,
sebab kita ,
cuma manusia yang hanya mampu ,
membuat satu mimpi indah yang sukar menjadi kenyataan ...

Sunday, 9 June 2013

Inilah Hakikatnya...

 
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Sunday, 7 April 2013

Jaga Diri Awak

Saya manusia yang punyai perasaan ..
yang ingin di sayangi dan menyayangi ..
mahukan awak mengeti akan kisah hidup saya 
yang sebenar-benarnya ???
saya mintak maaf kalau selama saya bersama-sama dengan awak ..
saya banyak menyakitkan hati awak dan menyiksa hati awk ..
tak terlintas pon di hati saya untuk kecewakan awak ..
dan tinggalkan awak sendiri ..
saya ikhlas dan jujur menyayangi diri awak tuhh ..
takde makna laen pun di sebalik tuhh ..
dan saya pun terlalu menyayangi awak dan bukan nye saya
tak pandai nak menghargai seseorang ..
tapi saya cuma nak tengok sejauh mana kesetiaan cinta awak
terhadap diri dan cinta saya pada awak ..
Dulu mase awak selalu ade dengan saya ...
saya rase seolah-olah saya tak perlukan apa-apa lagi di dunia ni
melainkan awak sorang jer yang saya nak ..
tapi sekarang awak makin jauh dengan say dan saya
melihat perubahan diri awak tuh terang-terang ..
semakin jauh meninggalkan saya !!
dulu awaklah kekuatan dan semagat saya tapi sekarang ..
dah TAK lagi ..

saya rase kecewa dan terkilan dengan perubahan perangai awak
dalam diam-diam !!
patut pun selama nie bila di tanya awak selalu nak marah-marah ..
hhhmm cepat nye hati manusia berubah kan ..

saya tak tahu apa salah saya ? apa dose saya ??
memang kita selalu gaduh tapi kita selesaikan nya dengan baik kan ..
saya merajuk tak kena gaya dan awak mesti pujuk kena pada cara
tapi tu dulu masa kita tengah asyik sangat bercinta
sampaikan bumi berputar pun kita tak sedar kan .. kan ..
dah banyak p'gorbanan saya buat untuk awak dan nie bukan nak
MENGUNGKIT ..
tapi nak awak tahu selama nie saya dah buat segala-galanya untuk awak ..untuk kita dan untuk hubungan kita jugak .. dan awak ingat saya tak sayangkan hubungan nie ker ?? tapi kenapa awak ..
kenapa awak berubah ? mengapa dan kenapa terjadi semua nie ??
saya beharap yang awak akan selalu bahagia
dengan orang yang awak pilih yang dan sayang tuhh ..
saya tahu awak selalu singgah blogger saya untuk tahu semua isi hati saya ..

saya nak awak tahu yang saya sentiasa sayangkan awak (:

berat kaki nak melangkah...

** maafkan bila memang kini . harus kutinggalkan dirimu

karna hatiku selalu kau lukai . . tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu . ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa ..
 
** ku menangis melepaskan . kepergian dirimu dari sisi hidupku

harus slalu kau tahu . . aku lah hati yang telah kau sakiti  
 
aku tak sempurna dan tolong jangan cari kesempurnaan aku .. tiada manusia yang sempurna di dunia niee ...
 
when we talk about love ..actually,for me love is complicated ..
susah nak memahami cinta ...bila pasangan kekasih saling mencintai ..mengapa tiba-tiba perpisahan yang tak di pinta datang bertandang ..
tatkala Allah mengambil sesuatu dari kita,tentunya telah DIA sediakan sesuatu yang lagi baik untuk kita dari yang sebelumnya ..kita juga di temukan dengan orang yang salah terlebih dahulu agar kita lebih menghargai cinta sebenar kita ..seharusnya,kita harus kuatkan hati n jiwa bila terjadi sesuatu yang tak di pinta .. dan jadikan ujian sebagai pengalaman yang mematangkan diri ..
 
untuk pengetahuan awak .. sewaktu kita bersama,
bukan kesempurnaan awak yang saya cari.
tapi kelemahan awak .. 
saya mencari kelemahan awak agar saya dapat mencuba mengisinya dengan kelebihan saya dan saya harap awak menerima segala kelemahan saya dan 
mengisinya dengan kesempurnaan yang awak miliki .. kerana
saya tahu dan mengerti...
saya sedar saya tak sempurna

Tuesday, 12 March 2013

Hati Yang Hancur Berkecai


Ingin aku katakan bahawa ..
Aku terluka lagi kerana cinta ..
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi ..
Dulu kau kata tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga tapi tak pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
 
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti
Dan aku menangis lagi ..
Kecewa untuk kesekian kalinya ..
Dan kisah cinta luar biasa
Habis hancur semuanya
Kejam dirimu kerana menjadikan aku sebagai boneka ..
Aku kecewa pedih kerana pelayaran ini ..
Tak mungkin dapat kau faham betapa sakitnya perasaan ini
Kata-katamu lah punca segala keretakan ini ..
Cinta kita kau persenda tanpa sedikit ade belas ihsan ..
Pergi kau dan biarkan aku menangis lagi..
Apakan daya .. aku sedar bahawa
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas di depan mata hanya seketika ..
Mungkin engkau lah pendusta
Bagimu hatiku langsung tiada makna ..
Aku menangis lagi kerana kamu ..
Kecewa untuk kesekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa ini d biarkan berlalu ..
Apa lagi perlu aku rasa
Aku terlupa yang aku mungkin akan kecewa lagi ..
Aku kecewa kerana kamu ..
Tak mungkin dapat kau faham betapa sakitnya luka nie ..
Biarlah aku sendiri dengan luka ini ..
biarkan aku terus meratapi
Luka-luka kecewa dan aku tahu bahawa
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-galanya

dan biarkan aku menangis lagi untuk kali terakhir ini ..
..........End of Love Story...........



Penulis Blog

My Photo
iri athirah
Terengganu, Malaysia
juz call me iri or ira..my old is 22 n will be young 4ever hahahaa.. Terengganu mari laaa.. Who’s dis gurl ? Yeah..im juz ordinary girl..simple person.. less is more rite..im funny if u know me well..keep duing stupid thing..stupid joke juz wana people around me happy..laugh and smile..i want people around me always happy even im not .. You donT hAvE tO loVe mE,yOu doNt HaVe to Miss mE bUt onE thIng i WaNt yOu kNow that i ReaLlY lOve YoU...
View my complete profile
 
Domo-kun Cute