topbella

Wednesday, 27 November 2013

Doa Bagi Aku Yang Kecundang

Ya Allah,

Apabila aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka hapuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari fikiranku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CiNTAMU..
Amin ya Rabbal amin...

Tuesday, 26 November 2013

Jangan Cinta Kerana Rupa . Terima lah aku Seadanya. 
*Suatu Malam* Isha : *on Facebook sekali ade satu chat masuk dari seorang lelaki* *isha pon balas* Hai.. Lelaki : awak tengah buat ape ? by the way saya Dani . Isha : *stalk Dani* hmm tkdela hensem manapon mamat nih . Buat simpanan bolehla . hahaha xD *balas* dengar lagu jer . awak ? Dani : tengah chat dengan awakla.. *Sebulan selepas berkenalan* *Isha dan Dani couple tetapi Isha tak ikhlas mencintai Dani sedangkan Dani betul betul ikhlas* Dani : Haii sayang . Buat ape tuh ? Saya rindu awak sangat sangat . Isha : Hai darl . tengah rindu awakk lah *hahaha bodoh punya jantan . pikir aku nak rindu kau ker ape ? cermin diri ah wey* Dani : heheh terharu saya . Sayang awak sangat sangat . Iloveyouu . Isha : Iloveyoutoo . Dani : Jangan tinggalkan saya okey ? Isha : okey muah * hahaha aku tinggal tunggu masa jer nak tinggalkan kau* *Setahun sudah hubungan Isha* *Bagi Isha , Dani hanya laki simpanan dia sahaja* * Suatu hari * * ada chat masuk* Isha : wahh hensem siak . rugi kalau aku tak layan nih . *balas* haii Lelaki : wahh cutenya awak nih . Isha : hehehe terima kasih . Nama awak ape ? Lelaki : Sama sama sayang Nama saya Arif . Isha : *dia panggil aku sayang , aduhai melting* ouh Arif . Arif : awak single ker taken ? Isha : *aduh camne nak jawab nih* hmm single . kenape ? Arif : takkan lah perempuan secantik awak nih single ? Isha : hehehe takde jodoh lagi . nak buat camne . Arif : ouh jum couple ? Isha : * kene terima nih , rugi kalau aku tolak* ouh bole jer . *Bemula lah perhubungan antara Isha dengan Arif sehinggakan Dani sudah dia tak pedulikan * Dani : Hai sayang . Sayang dah makan ? Isha : *alahai mamat nih* dah . eh awak saya busy ah . k ah byee. Dani : eh awakk ! hmm okey lah . bye *sedih* *Isha sibuk sangat melayan Arif* *3 bulan selepas itu* Isha : Sayangg , dah makan belum ? busy ker ? Arif : dah . eh I busy ah . later I message you . bye . Isha : hah ? hmm okey . *Beberapa minit kemudian* Dani : Hai sayang . awak busy ker ? Isha : ish ! kau jangan kacau aku bole tak ? aku sibuk ! blah lah . jangan kacau hidup aku . Aku dah bahagia . Dani : awak , saya tahu saya nih tak sehandsome pakwe baru awak tuh . Saya tahu awak dh ade kekasih baru . Saya tahu saya nih terlalu membosankan . tapi disebabkan saya terlalu sayangkan awak . Saya bersabar dan sentiasa menanti awak . Isha : hah sedar pon ! cube pergi cemrin diri kau tuh . dah ah kau tak yah nak ucap kata kata sayang kau tuh . Itu semua sampah bagi aku . dah ah jangan pernah kau kacau hidup aku lagi . Dani : baiklah . terima kasih atas segalanya . saya amat hargai kasih sayang awak . Saya takkan lupe masa first time kita meet . awak comel sangat . saya sedar saya tak setanding awak . selamat berbahagia . bubye . Assalamualaikum. Isha : *tak balas chat Dani* *Pada suatu malam* *Isha call Arif* Isha : Hello Sayang . Arif : hai . eh you sapa nih call my bebyboo . Isha : *sentap* hmm Arif ade ? Arif : ade . kejap eh . *sayang , bangunlahh . ade perempuan call nih* Hello siapa nih . Isha : Hello . Arif , nih saya isha . sampai hati awak buat saya macam nih kan Arif : hahaha wei rumah kau ade cerminkan ? cermin lah diri kau . layak ker kau dengan aku ? serious bosan gila ade hubungan dengan perempuan macam kau nih . Isha : *terus tutup telefon* ya allah inikah balasan mu atas diriku . kata kataku yang kulemparkan terhadap Dani kini terkene pada diri ku sendiri . ya allah aku rindu Dani *5 tahun sudah berlalu* Mak : isha , dah buat keputusan belum . kamu nak terima tak lamaran tuh ? Isha : hmm isha terima lah mak :') Mak : Alhamdulillah dah nak kahwin anak mak nih . *Selepas Majlis pertunangan* Isha : hmm siapakah bakal suamiku nanti . hmmm teringin aku nak jumpa dia . Mak : isha , tunang kamu nak jumpa kamu diluar rumah . Isha : *keluar rumah* hmm awak nak jumpa saya ? Lelaki : *menoleh* Hai isha . Isha : *terperanjat* Dani ! Awak ker tunang saya . :'/ Dani : yes darl . saya cinta awak dari dulu sampai sekarang :') . *Seminggu selepas majlis perkahwinan mereka* *Dirumah* Dani : Hai sayang tengok cerita ape nih ? Isha : tengok cerita hantu nih hah . takut isha bang . Dani : ouhokey lah abang nak naik atas lah nak tidur dulu . ngantuk . Isha : aloo abang teman lah isha tengok cerita nih . pleaseee . Dani : okey okey . kesian pulak tengok bini abang nih. *Dani terlelap tetapi dia masih setia menemani isha * Isha : *memandang suaminya* *berkata dalam hati* maafkan isha , dulu isha pernah melukakan hati abang . kini isha janji akan perbaiki kesilapan isha yang dulu :') . *memeluk suaminya dengan erat* *Sebulan selepas itu* *telefon berbunyi* Isha : yer saya isteri Dani . kenape ? ya allah okey saya datang sekarang . *Laju isha membawa kereta sambil menangis ter esak esak* *ya allah kau selamatkanlaho suamiku ya allah *2 hari selepas itu* di hospital* Isha : abang , isha datang bawa makanan kegemaran abang nih . Dani : aku takde seleralah nak makan makanan yang kau buat . Isha : *sedih* abang makanlah sikit eh . isha suap yer *hulur makanan . Dani : *tepis makanan tuh* aku cakap aku tak nak ! tak nak lah ! faham bahasa tak ? Isha : *keluar dari bilik* *menitis air mata* ya allah mana suamiku yang dulu. apakah dugaan mu ini . *Dani sudah keluar dari hospital* * dia mengalami kecederaan di bahagian kaki* *Dirumah* Isha : abang , makan sikit eh ? nanti sakit . Dani : aku takde mood . jangan ganggu aku . *Kedengaran loceng rumah berbunyi* Isha : jemputlah masuk . abang , kawan abang datang . Perempuan : hai dani , how was your leg ? is it okay ? Dani : it's better . Imiisyou Hani. Hani : Imissyouto lah dani . ehh kenapa belum makan nih . meh sini I suap yer.. Isha : hmm :') saya pergi buat air dulu yer . *Isha hanya perhatikan dari jauh layanan Dani terhadap Hani . sejujurnya dia sangat kecewa . Dia sedih sangat . *Sudah sebulan Dani tidak mengendahkannya . Dani hanya melayan Hani .* Isha : abang , abang suke hani tuh :') Dani : of course . She is my first love.. Isha : *betapa hancurnya hati dia selepas mendengar Dani cakap begitu* *Dia pon membuat keputusan untuk keluar dari rumah tuh kerana merasakan dirinya sudah tidak dipedulikan lagi . Isha : *kemas kemas barang* Dani : *ternampak* . Kau nak pergi mana ? Isha : nak keluar mencari ketenangan . sebab saya rasa diri saya dah tak diperlukan . Dani : oh baguslah kau keluar . Lagipon semak jer kalau kau ade kat sini . Isha : *sebelum keluar* maafkan semua kesalahan isha terhadap abang . halalkan segala makan minum abang pada isha. terima kasih . selamat tinggal . Assalamualaikum . *Seminggu selepas itu* Di pulau langkawi* *waktu malam * * di tepi pantai* . Isha : *termenung* Abang , isha rindukan abang yang dulu . yang selalu ambil berat tentang isha . mana abang yang dulu . yang tak berkasar dengan isha . hmm *nangis* *tetibe ada satu tangan menutup matanya dari belakang* . Isha : siapa nih ? Someone : awak rasa ? Isha : abang ! abang ker nih ? Someone : yer sayang . abang nih :') *melepaskan tangannya* Isha : * pusingkan badannya* Abang ! Isha rindu abang sangat sangat . Kenape abang berubah ? * isha memeluk suaminya erat erat sambil menangis* Dani : dah dah jangan nangis . nanti dah tak comel dah bini abang nih . untuk pengetahuan sayang , semua tuh hanya lakonan abang . Abang saja nak uji yang bini abang nih sayang abang tak. *tersenyum sambil memegang dagu bininya dan lapkan air mata isha* Isha : abestu Hani tuh sapa ? Dani : Hani tuh sepupu abang lah sayang . masa kita kahwin dia tengah study lagi kat luar negara . now dia dah balik malaysia . sayang cemburu ker ? Isha : abng nih jahat lah . suke buat isha camni kan ? mestilah cemburu . isha sayang abang sangat sangat Dani : alolo siannya bini abang nih .dah lah sayang . kan abang cakap abang nak uji bini abang nih . sama ade bini abang nih sayang kan abang ikhlas ataupon nak mainkan perasaan abang lagi . Isha : abang , isha sayang abang sangat sangat . now isha dh berubah . bukan macam dulu hanya pandang rupa jer . now isha sedar , isha pon bukannya Sempurna pon . maafkan semua kesilapan isha dulu . Dani : alolo dah dah jangan nangis . abang percaya isha dah berubah . abang dah lama maafkan semua kesalahan isha yang dulu . Isha : terima kasih abang :') Dani : sama sama sayang . dah jom kita jalan pergi hujung tuh *mendukung isterinya* Isha : abang ! isha boleh jalanlahh . ishh *peluk suaminya* berkata dalam hati * ya allah terima kasih kerana kau hadirkan seseorang insan yang terima aku seadanya . aku bersyukur ya allah . abang , isha sayang abang sangat sangat . hmm :') TAMAT Pengajaran : jangan pernah tinggalkan orang yang menyayangi kita demi orang yang kita cinta . dan janganlah sesekali kita memandang rupa . kenal hati budinya dulu kerana rupa belum tentu menjamin Kebahagiaan ....

Tuesday, 2 July 2013

Rahsia Dalam Telefon..


Apa agaknya alasan yang akan diberikan lelaki apabila teman wanita ingin melihat ‘isi’ telefon bimbit mereka? Pasti terlintas di fikiran seperti buat-buat lupa tak bawa telefon dan memberi alasan dengan menyatakan telefon kehabisan bateri.
Tentunya telefon adalah salah satu alat komunikasi canggih dengan pelbagai jenis perisian yang terdapat di dalamnya. Telefon juga dianggap mempunyai seribu satu rahsia kepada golongan lelaki. Mereka lebih cekap dalam menyimpan rahsia di dalam telefon agar tidak terbongkar.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika sekadar mesej biasa seperti seorang kawan, lelaki seharusnya tidak perlu ada rasa bimbang untuk memberikan kekasih melihat telefon bimbit dan meneliti setiap inci kandungan di dalamnya.


Tambahan pula kalau secara tiba-tiba teman wanita ingin berkongsi telefon atau ingin meminjam telefon. Orang lelaki akan terkedu seketika seperti terkena kejutan elektrik. Alasan sangat mudah, terdapat banyak benda penting di dalamnya, sehinggakan lelaki tidak boleh berenggang dengan telefon walaupun sesaat.


Ketika bercinta remaja akan ada satu sikap untuk percaya dengan pasangan. Tidak kira lelaki atau perempuan, pasti mengalami sindrom ingin melihat telefon bimbit pasangan.

Namun sindrom ini lebih banyak dihadapi oleh kaum perempuan. Teman lelaki yang berperwatakan kacak dan bergaya, pasti ada ramai peminat yang ingin mendekati, jadi akan ada mesej tertentu daripada perempuan lain.

Perasaan curiga dan kurang percaya itu membuatkan golongan muda ini akan melihat dan memegang telefon bimbit pasangan ketika keluar bersama.

Kalau setakat pegang saja boleh diterima lagi tetapi kalau setiap inci butiran telefon ingin diperiksa, makin parah sehingga teman lelaki di sebelah tak senang hati.

Tambahan kalau jenis pasangan yang memang ada rekod curang, membuatkan teman wanita lebih berwaspada agar pisang tak berbuah dua kali.

Ada ketikanya telefon tangan mereka amat sukar untuk dipegang dan diteliti. Awas, wanita harus lebih berwaspada agar tidak mudah diperdayakan oleh kaum jenis ini.

Secara semula jadi wanita dilahirkan dengan naluri yang begitu kuat dan boleh menghidu setiap tingkah laku aneh pasangan. Oleh sebab itu, wanita akan sentiasa ingin membelek telefon peribadi teman lelaki. Tidak seperti lelaki ada ketikanya mereka tidak ambil kisah untuk meneliti telefon pasangan mereka.

Apabila terdapatnya beberapa kesan yang mencurigakan, wanita akan terdetik untuk melihat telefon si dia. Malah mesej, gambar dan lagu yang disimpan di dalam telefon bimbit teman lelaki juga akan mereka teliti. Untuk apa? Sekadar mengambil langkah berhati-hati.

Wanita juga akan melihat senarai nombor telefon rakan, mana tahu ada nombor telefon wanita yang mencurigakan. Perempuan akan berterusan bertanya, ibarat butir peluru yang ditembak ke arah pasangan mereka.

Syak wasangka yang begitu kuat terhadap pasangan ada ketikanya membawa kebaikan seperti tidak mudah ditipu oleh teman lelaki dengan memasang skandal di luar pengetahuan. Misalnya bila berjauhan dan terasa sunyi, lelaki cenderung untuk mencari perempuan lain dan mula buat ‘perangai’.

Kalau dilihat sudut yang lain pula, akan membuatkan teman lelaki berasa kurang dipercayai dan rasa diri dikongkong. Lelaki memang sukar untuk dikongkong dan akan membuatkan mereka rasa lemas dan rimas.

Kaum Hawa, jika sudah melihat telefon bimbit teman lelaki dan terbaca mesej yang tidak enak, cubalah bertanyakan hal yang sebenarnya dan memintanya untuk berterus terang. Periksa terlebih awal kejujuran kata-kata yang akan dilontarkan nanti.

Benar, telefon adalah hak eksklusif peribadi sendiri. Tidak perlu untuk orang lain melihat atau mempertikaikan apa dan tidak boleh berada di dalam memori telefon bimbit.

Namun, telefon bimbit juga ada ketikanya menjadi punca pertelingkahan setiap pasangan yang bercinta. Jika ada dua atau tiga telefon juga menjadi satu isu besar buat mereka. Akhirnya hubungan menemui kegagalan.

Orang lelaki terpaksa menahan telinga mendengar leteran kaum perempuan, lalu akan didesak untuk mengetahui punca lelaki mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit. Adakah itu satu muslihat untuk curang?

Lelaki harus tahu, wanita memang dilahirkan lemah dan mudah cair terutama jika lelaki kerap kali bermain mesej dengan mereka. Wanita juga mudah jatuh hati terhadap lelaki, walaupun sedia maklum lelaki itu sudah mempunyai orang lain. Kaum Adam seharusnya mengelak untuk bermain mesej dengan wanita walaupun hanya sekadar teman lama.

Perempuan harus mengelak daripada berprasangka buruk kepada pasangan. Barangkali nombor telefon wanita lain di dalam telefon bimbit lelaki adalah kenalan perniagaan mereka dan rakan sepejabat.

Asalkan tiada mesej tertentu yang boleh mengubah sangkaan perempuan terhadap teman lelaki, jangan nanti dilabel cemburu buta.


Enam tanda anda bakal ditinggalkan kekasih

1. Bila nak ajak keluar berduaan, pelbagai alasan diberikan. Kadang-kadang terasa tak logik pula alasannya. Pendek kata 1001 alasan yang diberikan dan ada yang tak masuk akal langsung.

2. Masa sedang hangat bercinta sangat romantik. Mulut pula tak lekang dengan ungkapan sayang, cinta dan rindu. Malah membahasakan diri dengan perkataan yang manis seperti ‘baby’, ‘honey’ dan ‘darling’ tetapi kini sudah bertukar pula bahasa kau dan aku.

3. Gambar anda tidak lagi menjadi barang berharga di dalam dompet atau bilik tidurnya. Lebih malang gambar anda itu dijumpai di bawah katil dan bonet kereta.

4. Bila keluar, mula membuat mimik muka kurang senang untuk berduaan dengan anda. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila disoal. Asyik melihat jam di tangan saja dan sentiasa dalam keadaan gelisah.

5. Tangan sentiasa melayan telefon bimbit dan ada saja SMS masuk ke dalam telefon miliknya. Pelbagai alasan yang diberikan apabila ingin melihat telefon miliknya.

6. Waktu yang paling si dia seronok adalah ketika berjauhan dengan anda dan perwatakannya juga serta-merta berubah daripada seorang yang pendiam kepada lebih periang. Baginya tanpa anda di sisi lebih menyeronokkan.

Saturday, 22 June 2013

..::UCAPAN HARI LAHIR UNTUK YANG TERSAYANG::...

Assalamualaikum w.b.t..

Today's entry only a birthday wishes to my beloved..i really love you  and always be there in whatever you may do my dear.. i hope so that your birthday brings you a lot of happiness today & always sayang..Words cannot describe my feeling to you dear. Only a hope to Allah may give us a great happy family forever dear.

"I LOVE U
Dengan hati yg tulus
Dalamnya cinta yg begitu putih..



Pejamkan matamu
Rasakan dari hati kehati
kucupan sayang buatmu
Tanda kasih sygku
Happy Birthday , MOHD_____________
yg ke ... PADA ..........
Moga panjang umur
Dan esok pagi bukalah matamu
Lihatlah indahnya surya pagi
Menyapamu
Bersama doaku yg akn selalu
Menyinari langkahmu.

***
Pelangi senja di langit jingga
Awan menari lembayung tertawa
menyambut hari indah telah tiba
sebait kalimat seribu Doa.
Hanya untuk mu belahan jiwa.

HAPPY BIRTHDAY SWEET LOVE....
wish you the best,
best life, best carrer, best health,
best jodoh, best iman N islam,
+ semoga Allah semakin sayang padamu
selamanya.....

ya allah kau berikanlah dia kebaikan di dunia dan akhirat..
aku cinta dia setulus cinta ku..
sejujur hati aku beri hati ini padanya
namun aku bersedia apa pn cubaan dr mu Ya Allah..
tapi kau bahagiakan lah dia dengan kebaikan yang dia lakukan..
andai benar dia untuk ku,,
dekatkan hatinya dengan hatiku..
andai aku jujur dengannya,,
tunjukkan kejujuran cintanya padaku...
Ya Allah berilah rahmat atas hubungan yang sudah lama bertapak di hati ini...
ku tak mampu hidup tanpa dia di sisiku walaupn pelbgai halangan
menghalang hubungan kami..
aku tetap redha dan tetap menerimanya sebahagian dari hidupku..

Ya Allah berilah rahmat mu yg indah pada hari lahirnya hari ini
agar dia sentiasa bersamaku hingga akhir hayatku..
agar kelurga kami dapat menerima kami..
agar dapat berjaya dalam hidupnya..
maafkan ibu...abi..
rabbana taqabbal minna ya maula..
innaka anta taubatur rahim~~

Monday, 17 June 2013

Cemburunya Kamu...

Kalau perempuan cemburu, masih banyak ‘jalan keluar’ yang boleh difikirkan, setidak-tidaknya mereka beremosi dan inginkan kepastian saja. Lepas dijelaskan atau dipujuk, sejuk hati membara tadi.
Tapi lain pula kalau lelaki yang cemburu. Itu lebih berbahaya dan jauh menakutkan kepada kekasih mereka kerana kebarangkalian yang mampu difikirkan lebih banyak dan membabitkan fizikal.
Mana tidaknya, cemburu itu didorong oleh sikap panas baran dan gemar menuduh tanpa usul periksa. Kebiasaan lelaki jenis begini adalah mereka yang ego dan sukar mengaku kelemahan diri.

Walaupun masih ada baiknya dalam sifat lelaki jenis ini seperti penyayang, bijak memikirkan soal masa depan, hebat merencana hubungan dan seorang yang taat pada janji, namun kelemahannya ini mungkin membuatkan mereka jenis lelaki yang perlu dijauhi.


Panas baran adalah sikap yang sukar dibuang dan ego adalah penyakit yang akhirnya akan merosakkan sesebuah hubungan. Itu adalah realiti dan hakikat dalam banyak kes percintaan sebelum ini.


Hujung kepada semua sikap ini adalah cemburu. Lelaki jenis ini terlalu sayangkan kekasihnya hingga tidak boleh membenarkan mereka bergaul dengan lelaki lain walaupun kawan sekerja atau kawan lama di sekolah, perlu memberitahu setiap pergerakan, 24 jam bersama hingga tiada ruang untuk diri sendiri dan mereka selalu berasa curiga dengan bayang-bayang sendiri.

Lebih 90% lelaki jenis ini gemar menuding kesalahan kepada kekasihnya selain salah anggap dan memaki hamun. Kemudian selepas menyedari salah itu berpunca daripada mereka, mulalah pujuk kembali dengan menabur ayat cinta.

Hanya separuh daripada jumlah lelaki jenis ini akan sudi melafazkan kata maaf dan selebihnya menggunakan helah lain untuk menutup kesalahan diri.

Fikirkan kembali, adakah ini calon paling layak untuk memimpin anda ke akhir hayat atau hanya akan menambah kekusutan saja? Ingat, sikap dan sifat adalah dua perkara berbeza dan dalaman seorang lelaki seperti panas baran tidak boleh diubah sebaliknya hanya mampu diredakan dengan motivasi berterusan.

Apa kriteria lelaki cemburu dan rutin tabiat mereka?

Lelaki jenis ini adalah kaki siasat. Awal perkenalan, pasangan mungkin ditatang bagai minyak penuh, bahkan segala kemahuan dituruti. Namun lama-kelamaan ada saja yang tidak kena.

Kalau boleh dia cuba mengawal setiap pergerakan. Ke mana, dengan siapa dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama anda. Jika ada, anda akan disiasat dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan pasangan mengalahkan pihak berkuasa. Anda mungkin berasa seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.

Lelaki cemburu ini juga adalah jenis yang sentiasa curiga dan sentiasa menganggap pasangannya berlaku curang. Kenapa? Kerana dia tidak yakin dengan kesetiaan teman wanitanya.

Sukar baginya untuk mempercayai, tambahan pula apabila pasangan sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka yang mengganggu adalah lelaki yang lebih bergaya atau kacak. Itu sudah menyentuh keegoannya.

Walaupun tidak melayan mana-mana lelaki yang cuba mengganggu, dia tetap merasakan yang pasangan cuba menduakan dirinya. Padahal anda tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang boleh anda lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.

Tidak perlu terang atau jelaskan kerana lelaki jenis cemburu ini tidak akan mendengar alasan anda kerana baginya, rasa kurang selesa itu akan mengganggu tumpuannya sekali gus menyifatkan anda mula lupa akan dirinya.

Paling menakutkan dan fakta lelaki jenis cemburu adalah mereka panas baran. Suami atau teman lelaki yang anda kenali dengan lebih mendalam mungkin mempunyai perangai yang suka marah.

Salah sedikit saja tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Panas baran ini kalau tidak ditangani dengan baik mungkin akan mendatangkan padah, silap hari bulan tangan boleh naik ke muka.

Panas baran itu hanya sementara dan kemudian ­apabila marahnya reda, dia mula sedar kesilapan dan cuba memujuk anda kembali. Tapi kepada mereka yang sudah menjadi mangsa penderaan atau pukul, bolehkah maaf itu memulihkan kembali perasaan dan tekanan itu?

Lelaki jenis cemburu juga adalah individu yang tidak pernah puas. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada saja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar kesalahan.

Susah untuk memuaskan hatinya. Sikap ini akan membuatkan pasangan berfikir, kenapa si dia harus ­begini dan apakah salah anda. Pada satu tahap ­pasangan akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. ­Namun setiap daripada kata-kata anda tidak ­diterimanya malah air mata menjadi peneman setia setiap hari.

Jika teman lelaki atau suami anda jenis yang kuat mengongkong, dia juga adalah jenis lelaki yang kuat cemburu dan anda perlu lebih berhati-hati. Dahulu­nya anda bebas ke sana ke mari dengan sesiapa saja yang anda suka tapi sekarang tidak lagi.

Semua perkara yang anda lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dulu. Anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan si dia. Seolah-olah kehidupan anda berada di tangannya. Anda pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak anda terpaksa ikut.

Orang zaman sekarang menggelarkan senario itu ‘punch card’ seperti pekerja kilang atau pejabat yang mana perlu memberitahu teman lelaki apa saja aktiviti anda. Jika dikatakan tidak, maka jawapannya tidak.

Peliknya, si gadis-gadis ini pula akur mendengar arahan itu tapi tidak pula mendengar nasihat ayahnya dulu.

Lelaki jenis ini juga adalah gemar mengambil kesempatan. Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu. Memandangkan anda tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya perlu diikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu.

Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit anda dengan tujuan untuk melihat mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara mengenai diri anda. Ini akan digunakan agar anda tidak dapat lari daripadanya.


Buang rasa negatif

Cemburu tandanya sayang tapi kerana cemburu buta, sayang boleh melayang. Manusia mempunyai sebab berbeza untuk menjadi cemburu dan orang kata cemburu buta itu boleh membunuh.

Bunuh emosi atau lebih teruk bunuh secara fizikal. Perasaan cemburu itu normal tapi kalau sudah cemburu teramat, itu jadi tidak normal dan boleh mengganggu hubu­ngan. Apabila kita cemburu, kita bimbang jika pasangan mungkin mencari orang lain yang lebih menarik dan lebih baik daripada kita.

Tetapi lama-kelamaan pasangan akan rasa rimas, risau dan cuba mengelakkan diri daripada si dia yang suka cemburu buta. Jika anda seorang cemburu buta, perlu dipertimbangkan untuk mengikuti semua langkah ini bagi memastikan kekasih hati tidak terlepas atau mula bosan dengan anda.


Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu buta.

1. Cari punca sebenar
Anda harus mencari punca sebenar apa menyebabkan anda berasa terlalu cemburu. Adakah anda kurang percaya kepada pasangan kerana sikapnya sendiri? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri? Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Jika anda memang mempunyai sifat panas baran, anda perlu menenangkan diri sebelum bersemuka dengan pasangan.

2. Beri masa Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri. Jika anda memang seorang yang cemburu, anda tidak boleh berharap untuk berubah dalam sekelip mata.

3. Minta maaf Mungkin pada mata si dia jika anda selalu meminta maaf jika suka cemburu buta, perkataan maaf yang datang daripada mulut anda itu tidak berharga lagi. Tapi ia cukup baik daripada anda ego untuk meminta maaf. Jika anda meminta maaf, ia bermakna anda sedar perbuatan anda itu salah dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

4. Komunikasi Luahkan perasaan anda dan mengenai masalah cemburu anda bersama-sama dengan pasangan. Berkomunikasi bukan bermaksud anda boleh melenting sesuka hati tapi sebaliknya berbincanglah dengan elok dan elakkan daripada rosakkan perhubungan anda berdua.

5. Elak salahkan pasangan Elakkan daripada menyalahkan pasangan jika berlaku perselisihan faham. Anda mempunyai pilihan untuk menyelesaikannya dengan cara baik tanpa membabitkan perasaan cemburu buta. Anda bertanggungjawab dengan perasaan anda sendiri. Menyalahkan pasangan tidak akan menyelesaikan masalah.

6. Sentiasa optimis Sekiranya anda berfikiran positif, mungkin perasaan cemburu itu dapat diatasi dan dikawal. Tapi harus ingat untuk tidak sewenang-wenangnya mempergunakan kepercayaan yang diberikan kepada anda. Jika disalah guna, mungkin perasaan cemburu buta itu akan makin bertambah dan mungkin kepercayaan itu akan hilang terus!

7. Ubah diri menjadi lebih baik Tak rugi jika anda mempunyai motivasi diri untuk ubah diri sendiri menjadi lebih baik. Minta pertolongan atau nasihat daripada pakar jika anda benar-benar ingin buang sifat cemburu buta di dalam diri. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kesabaran yang lebih tinggi.

8. Kurangkan sifat marah Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan si dia yang menyinggung hati anda dan membuatkan anda cemburu. Selain daripada menarik nafas dalam-dalam, anda boleh mandi, solat atau buat aktiviti yang dapat mengurangkan rasa marah dan cemburu anda.

9. Hentikan perbandingan Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain dan menyeksa sendiri dengan perasaan negatif. Kalau anda sibuk dengan sikap cemburu buta yang negatif itu, bila masa pula anda nak berasa kemanisan kasih sayang dalam satu-satu hubungan? Bina keyakinan terhadap diri sendiri dengan mengenal pasti kelebihan yang ada pada anda dan yakinlah dengan keistimewaan yang anda miliki.

10. Belajar daripada kesilapan Sebenarnya emosi negatif mempunyai peranan dalam kehidupan kita, dan salah satu pengajarannya adalah ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam memperjuang dan mengatasi sikap cemburu buta.

Penulis Blog

My Photo
iri athirah
Terengganu, Malaysia
juz call me iri or ira..my old is 22 n will be young 4ever hahahaa.. Terengganu mari laaa.. Who’s dis gurl ? Yeah..im juz ordinary girl..simple person.. less is more rite..im funny if u know me well..keep duing stupid thing..stupid joke juz wana people around me happy..laugh and smile..i want people around me always happy even im not .. You donT hAvE tO loVe mE,yOu doNt HaVe to Miss mE bUt onE thIng i WaNt yOu kNow that i ReaLlY lOve YoU...
View my complete profile
 
Domo-kun Cute